Islam merupakan manhaj ketuhanan yang diturunkan kepada Nabi Besar Muhammad SallaLlahu ‘Alaihi Wasallam supaya diamal dan disampaikan kepada seluruh umat manusia. Ia merupakan pemandu umat ke jalan kebahagiaan dan ia juga merupakan risalah yang terakhir yang diturun oleh ALlah Subhanahu wa Ta’ala kepada manusia sejagat.
Manhaj ini datang dari ALlah, sama ada Al-Qur’an yang diwahyukan dengan lafaz dan maknanya mahupun hadith yang diilhamkan maknanya kepada RasuluLlah Sa’laLlahu ‘Alaihi Wasallam. Dengan yang demikian ternyata bahawa manhaj ketuhanan ini ialah Al-Qur’anul Karim dan hadith Nabi yang sah. Manhaj ini tentulah berbeza dari apa-apa manhaj dan dasar yang diciptakan oleh manusia dengan sifat-sifat berikut:
- Manhaj ALlah sahaja yang benar (hak),tidak didatangi sebarang kebathilan.
Firman ALlah Subhanahu wa Ta’ala :
Maksudnya:
" Dan apa yang diturunkan kepada kamu daripada Tuhanmu itu sahqja yang haq."
(Ar-Ra’d : 1)
Ini bermakna bahawa manhaj ketuhanan yang terdapat di dalam Al-Qur’an dan hadith nabi itu sahaja-lah manhaj yang benar di mana setiap manusia sama ada dia sebagai seorang biasa atau sebagai pemerintah mestilah menerima dan mengamalkan apa-apa yang terkandung di dalam manhaj itu. Sekiranya mereka tidak menerima dan mengamalkannya mereka adalah sesat dan seterusnya gagal dalam menyelesaikan masalah ummah.
Firman ALlah Subhanahu wa Ta’ala :
Maksudnya:
"Apakah orang yang mengetahui bahawa apa-apa yang diturunkan kepada kamu daripada Tuhan kamu itulah yang sebenar-benarnya sama dengan orang yang buta."
(Ar-Ra’d: 19)
Dengan perkataan lain, tidak sama orang yang mengetahui kebenaran yang diturunkan kepada Nabi Besar Muhammad SallaLlahu ‘Alaihi Wasallam dengan orang buta, orang yang tidak mengetahui kebenaran itu RasuluLlah SallaLlahu ‘
Alaihi Wasallam bersabda :
Maksudnya :
"Aku tinggalkan kepada kamu (wahai umat Islam) dua perkara yang mana kamu tidak sesat selama-lamanya selagi kamu berpegang teguh kepada kedua-duanya itu, iaitu KitabuLlah dan Sunnahku"(Riwayat lmam Malik)
2. Bahawasanya manhaj ketuhanan itu adalah manhaj yang sempurna yang merangkumi semua aspek kehidupan manusia. ALlah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
Maksudnya:
"Pada hart ini Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku cukupkan ke atas kamu ni’matKu dan Aku redha bagi kamu Islam itu sebagai agama (dasar) dan pegangan hidupmu."
(Al-Maidah : 3)
Dalam ayat lain ALlah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
Maksudnya:
"Dan telah sempurnalah wahyu Tuhanmu itu dari sudut kebenaran dan ke’adilan, tidak ada penukaran ataugantian kepada wahyu itu. ALlah Subhanahu wa Ta’ala itu Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."
(Al-An’aam : 115)
Firman ALlah Subhanahu wa Ta’ala lagi:
Maksudnya:
"Tidak ada sesuatu pun yang Kami abaikan di dalam kitab Al- Qur’an itu."
(Al-An’aam : 38)
Dari ayat-ayat yang kita baca di atas terbukti bahawa agama Islam itu adalah agama yang lengkap, menyeluruh, mencakupi segala ruang kehidupan manusia.
3. Sesungguhnya manhaj ketuhanan itu adalah suatu manhaj yang terang, yang senang difahami dan di’amali.
ALlah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
Maksudnya:
"Begitulah Kami mentafsirkan ayat-ayat Kami bagi kaum yang berfikir."
(Yunus : 24)
Dalam ayat yang lain pula ALlah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
Maksudnya:
"Al- Qur’an itu merupakan suatu kitab yang diterangkan secara terperinci ayat-ayat dan tanda-tanda di dalam bahasa Arab, di mana keteraugan itu adalah untuk kaum yang mengetahui."
(Fushshilat : 3)
ALlah Subhanahu wa Ta’ala berfirman lagi:
Maksudnya:
"Dan sesungguhnya Kami datangkan kepada mereka itu sebuah kitab yang Kami terangkan secara terperinci berdasar kepada ilmu pengetahuan demi untuk memberi hidayah dan rahmat kepada kaum yang beriman."
(M-A’raaf: 52)
Dan firman ALlah Subhanahu wa Ta’ala:
Maksudnya:
"Begitulah seterusnya ALlah Subhanahu wa Ta’ala menerangkan kepada kamu tanda kebesaranNya moga-moga kamu berfikir."
(A’-Baqarah : 242)
ALlah Subhanahu wa Ta’ala berfirman lagi:
Maksudnya:
"Dan sesungguhnya Kami turunkan kepada kamu tanda-tanda yang terang dan nyata, hanya orang fasiq sahaja yang ingkar dengan tanda-tanda yang terang itu."
(Al-Baqarah : 99)
ALlah Subhanahu wa Ta’ala berfirman lagi:
Maksudnya:
"Dan Kami turunkan ke atas kamu Kitab (Al- Qur’an) untuk menerangkan segala sesuatu dan memberi rahmat serta berita gembira bagi sekelian muslim."
(An-Nahl : 89)
4. Manhaj ketuhanan adalah suatu manhaj yang diturunkan dan diwujudkan untuk bseluruh manusia, bukan hanya untuk orang-orang ‘Arab atau Melayu sahaja.
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
Maksudnya:
"Dan tidak Kami utuskan kamu (wahai Muhammad) melainkan untuk manusia seluruhnya; memberi berita baik (bagi yang ta’at) dan berita yang tidak baik (bagi yang ingkar)."
(Saba’: 28)
ALlah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
Maksudnya:
"Katakanlah olehmu (wahai Muhammad): "Wahai manusia ! Sesungguhnya aku ini adalah Rasul (Utusan ALlah) kepada kamu semua."
(Al-A’raaf: 158)
RasuluLlah Sal1L1ahu ‘Alaihi Wasallam bersabda:
Maksudnya:
"Aku diberi keistimewaan dan kelebihan dari Nabi-nabi yang lain sebanyak enam perkara. Aku diberi tutur kata yang mempunyai makna yang mendalam dan aku diberi pertolongan dengan sebab rasa gerun musuh semasa dia masih berada di tempat yang jarak-nya sebulan berjalan kaki dan dihalalkan kepada aku harta-harta rampasan perang dan dijadikan bumi ini sebagai masjid dan bahan bersuci bagiku dan aku diutuskan kepada makhluq kesemuanya dan dengan aku berakhirlah sekelian Nabi-nabi."
(Riwayat lima Imam kecuali Abu Dawud)
Dengan ini jelaslah bahawa Islam itu ialah agama bagi seluruh manusia tidak kira apa juga keturunannya, di mana juga mereka berada dan pada zaman mana pula mereka hidup, kerana ianya merupakan agama yang terakhir yang diturunkan oleh ALlah Subhanahuwa Ta’ala untuk mereka.
5. Manhaj ketuhanan ini ialah suatu manhaj yang menjadi penyuluh dan penawar kepada manusia.
ALlah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
Maksudnya:
"Dan Kami turunkan daripadaAl-Qur’an itu apa-apa yang menjadi penawar dan rahmat kepada sekelian mumin."
(Al-Isra’: 82)
ALlah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
Maksudnya:
"Katakanlah olehmu (wahai Muhammad): "Al- Qur’an itu menjadi petunjuk dan penawar kepada orang yang beriman."
(Fushshilat: 44)
ALlah Subhanahu wa Ta’ala berfirman lagi:
Maksudnya:
"Maka berimanlah kamu kepadaALlah dan RasulNya dan kepada cahaya yang Kami turunkan."
(At-Taghaabun : 8)
ALlah Subhanahu wa Ta’ala berfirman lagi:
Maksudnya:
"Wahai manusia ! Sesungguhnya telah datang kepada kamu tanda-tanda dan Tuhan kamu dan Kami turunkan kepada kamu cahaya yang terang benderang."
(An-Nisaa’: 174)
Dari ayat-ayat di atas nyatalah kepada kita bahawa Islam sebagai manhaj ketuhanan adalah diwujud-kan untuk menjadi penyuluh dan penawar kepada seluruh manusia dan tidak sekali-kali untuk memecahbelahkan masyarakat, apa lagi untuk memporak-peranda dan menghuru-harakan masyarakat.
6. Sesungguhnya manhaj ketuhanan ini diturunkan kepada Nabi SallaLlahu’Alaihi Wasallam untuk disampaikan secara kesemuanya kepada manusia. Firman ALlah Subhanahu wa Ta’ala:
Maksudnya:
"Wahai Rasul ! Sampaikanlak apa-apa yang diturunkan kepada kamu daripada Tuhan kamu. Jika tidak kamu lakukan, maka tidakah kamu menyampaikan risalahNya"
(Al-Maidah : 67)
Firman ALlah Subhanahu wa Ta’ala lagi:
Maksudnya:
"Dan Kami turunkan kepada kamu peringatan (Al Qur’an) supaya kamu menerangkan kepada manusia apa yang diturunkan kepada mereka"
(An-Nahl : 44)
Di sini ternyata MS‘Alaihi Wasallam diminta supaya menyampaikan keseluruhan risalah Islam dan menerangkannya kepada manusia. Malah dituntuti supaya Nabi SallaLlahu ‘Alaihi Wasallam melaksanakan segala hukum-hakam ke atas masyarakat manusia. ALlah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
Maksudnya:
"Dan Kami turunkan kepada kamu (wahai Muhammad) Kitab Al- Qur’an itu dengan sebenarnya untuk kamu memerintah (memimpin) manusia dengan apa yang diperlihatkan oleh ALlah Subhanahu wa Ta’ala kepada kamu."
(An-Nisaa’: 105)
Di dalam ayat yang lain pula ALlah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
Maksudnya:
"Dan hendaklah kamu menghukum (memerintah) di kalangan mereka itu dengan apa yang diturunkan oleh ALlah Subhanahu wa Ta’ala kepada kamu dan janganlah kamu mengikut hawa nafsu mereka itu."
(M-Maidah 49)
Ternyata bahawa Al-Qur’an itu diturunkan oleh ALlah Subhanahu wa Ta’ala untuk dijadikan dasar hidup dan asas kepada pemerintahan negara.
- Sunnah Nabi SallaLlahu ‘Alaihi Wasallam adalah merupakan sebahagian yang tidak dapat dipisahkan dari manhaj ketuhanan.
ALlah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
Maksudnya:
"Sesiapa yang menta’ati Rasul, maka dia telah menta’ati ALlah Subhanahu wa Ta’ala."
(An-Nisaa’: 80)
ALlah Subhanahu wa Ta’ala berfirman lagi:
Maksudnya:
"Dan ta’atlah kamu kepada ALlah dan ta’atlah kamu kepada Rasul dan awas (berjaga-jagalah) kamu. Sesungguhnya jika sekiranya kamu berpaling tadah, maka ketahuilah bahawa tugas Rasul Kami adalak memberi penyampaian yang terang."
(Al-Maidah : 92)
ALlah Subhanahu wa Ta’ala berfirman lagi:
Maksudnya:
"Katakanlak olehmu (wahai Muhammad): "Taatlah kamu kepadaALlah dan kepadaRasul. Jika sekiranya kamu berpaling tadah, maka sesungguhnya ALlah Subhanahu wa Ta’ala tidak suka kepada orang-orang kafir."
(Al ‘Imran : 32)
ALlah Subhanahu wa Ta’ala berfirman lagi:
Maksudnya:
"Dan apa-apa yang dibawakan kepada kamu oleh Rasul hendaklah kamu menerimanya dan apa yang dilarang akan kamu oleh Rasul maka hendaklah kamu tinggalkannya."
(M-Hasyr: 7)
RasuluLlah SallaLlahu ‘Alaihi Wasallain bersabda:
Maksudnya:
"Setiap umatku akan masuk syurga kecuali orang yang enggan. Mereka bertanya: "Siapa-kah yang enggan itu ya RasuluLlah? " Lantas RasuluLlah bersabda:
"Siapa yang ta’at kepada aku masuk syurga dan siapa yang derhaka adalah dia orang yang ingkar (enggan)."(Riwayat Bukhari)
Di dalam hadith yang lain pula RasuluLlah SallaLlahu ‘AlaIlii Wasallam bersabda:
Maksudnya:
"Sesiapa yang melakukan sesuatu amalan yang tidak berasas kepada Sunnahku maka amalan itu ditolak (tidak diterima oleh ALlah Subhanahu wa Ta’ala)."(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Ternyata bahawa dari apa yang disebut di atas, Al-Qur’an dan As-Sunnah merupakan manhaj ketuhanan yang tidak dapat ditinggalkan oleh umat manusia. Al-Qur’an merupakan asas kepada segala-galanya manakala As- Sunnah pula menambah atau menerangkan sesuatu yang tidak jelas di dalam Al-Qur’an itu.
Kadang-kadang As-Sunnah membentangkan beberapa penerangan secara terperinci berhubung dengan perniagaan, pertanian, politik, pemerintahan, perundangan dan perkara perkara lain di dalam lapangan kehidupan manusia. Oleh kerana itu sekali lagi ditegaskan bahawa Al-Qur’an dan As Sunnah merupakan dasar kepada kehidupan manusia sama ada dibidang politik, ekonomi, perundangan, per’ibadatan, rumahtangga, budi pekerti dan lain-lain aspek kehidupan.
Justeru itu segala perkara yang tidak berasaskan kepada Al-Qur’an dan As- Sunnah adalah dikira-kan suatu dasar yang bathil, yang ditolak oleh ALlah Subhanahu wa Ta’ala dan ditolak oleh Rasulullah SallaLlahu ‘Alaihi Wasallam.
Seterusnya semua harakah, pergerakan dan parti politik yang tidak berdasarkan kepada Al-Qur’an dan As-Sunnah serta tidak berusaha ke arah melaksanakan apa-apa yang terkandung di dalam Al-Qur’an dan As-Sunnah Nabi SaliaLlahu ‘Alaihi Wasallam adalah pergerakan yang bathil dan ditolak oleh ALlah Subhanahu wa Ta’ala dan RasulNya.
No comments:
Post a Comment