Saturday, May 28, 2011

10 MACAM KEKEJAMAN



Sufyan Atsauri berkata:"Sepuluh macam daripada kekejaman ialah:

1.Seorang yang berdoa untuk dirinya sendiri,dan tidak mendoakan untuk anak-anaknya dan kaum mukmin.

2.Seorang yang pandai membaca Al-Quran, tetapi tiap harinya tidak membaca seratus ayat.

3.Seorang yang masuk masjid lalu keluar dan tidak sembahyang dua rakaat.

4.Seorang yang berjalan melalui kuburan kemudian tidak memberi salam dan mendoakan ahli kubur.

5.Seorang yang sampai di suatu kota pada hari Jumaat kemudian tidak sembahyang jemaah.

6.Seorang yang di daerahnya didatangi oleh seorang alim, tiba-tiba tidak mahu belajar apa-apa daripadanya.

7.Dua orang yang bertemu di perjalanan dan masing-masing tidak menanyakan nama kawannya itu.

8.Seorang diundang pada jamuan tiba-tiba tidak datang.

9.Pemuda yang tidak ada kerja dan tidak mahu belajar ilmu dan kesopanan.

10.Seorang yang kenyang sedang dia tahu bahawa tetangganya lapar, tetapi tidak diberi dari makanannya itu.

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."

Pengertian Ahlus Sunnah Wal Jama'ah Secara Ringkas

       Bahwa Ahlus Sunnah wal Jama'ah adalah suatu golongan yang telah Rasulullah SAW janjikan akan selamat di antara golongan-golongan yang ada. Landasan mereka bertumpu pada ittiba'us sunnah (mengikuti as-Sunnah) dan menuruti apa yang dibawa oleh nabi baik dalam masalah ‘aqidah, ibadah, petunjuk, tingkah laku, akhlak dan selalu menyertai jama'ah kaum Muslimin.
     Dengan demikian, maka definisi Ahlus Sunnah wal Jama'ah tidak keluar dari definisi Salaf. Dan sebagaimana telah dikemukakan bahwa salaf  ialah mereka yang mengenalkan Al-Qur-an dan berpegang teguh dengan As-Sunnah. Jadi Salaf adalah Ahlus Sunnah yang dimaksud oleh Nabi SAW. Dan ahlus sunnah adalah Salafush Shalih dan orang yang mengikuti jejak mereka.
     Inilah pengertian yang lebih khusus  dari Ahlus Sunnah wal Jama'ah. Maka tidak termasuk dalam makna ini semua golongan ahli bid'ah dan orang-orang yang mendikuti keinginan nafsunya, seperti  Khawarij, Jahmiyah, Qadariyah, Mu'tazilah, Murji'ah, Rafidhah (Syiah) dan lain-lainnya dari ahli bid'ah yang meniru jalan mereka.
Maka sunnah adalah lawan kata bid'ah, sedangkan jama'ah lawan kata firqah (gologan). Itulah yang dimaksudkan dalam hadits-hadits tentang kewajiban berjama'ah dan larangan bercerai-berai.
      Inilah yang dimaksudkan oleh "Turjumanul Qur-an (juru bicara al-Qur-an)" yaitu ‘Abdullah bin ‘Abbas r.a. dalam menafsirkan firman Allah Ta'ala, "Pada hari yang diwaktu itu ada muka yang putih berseri, dan ada pula maka yang hitam muram". (Ali Imran: 106).
Beliau berkata, "Muka yang putih berseri adalah muka Ahlus Sunnah wal Jama'ah dan muka yang hitam muram adalah muka ahlil bid'ah dan furqah (perselisihan)." (Lihat Tafsir Ibnu Katsir, Juz I hal. 390 (QS. Ali Imran: 106).

3 Cahaya di Hari Kiamat



 Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan :

Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.
Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.
Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.


Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang ketika di dunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan mengambil air sembahyang apabila terdengar azan.

Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang sebelum azan.

Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari. Mereka di dunia sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi.

10 mayat Xreput dan Xbusuk




Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya

TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati:


1. Para Nabi
2. Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.

Sunday, May 22, 2011

TUJUH PERKARA GANJIL


Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan  mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut  berjumpadengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s.w.t. Dia berkata, "Sepanjang aku menggali  kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang  menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang  sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat."

1.      " Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya  menghadap kiblat. Tetapi pabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" tanya pemuda itu.
Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s.w.t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s.w.t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain," jawab ahli ibadah tersebut.

2.      Sambung pemuda itu lagi,  " Golongan yang kedua, aku  lihat  wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah  merekatelahpun bertukar menjadi babi. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?
" Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai anak muda, mereka  itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain.

3.      " Pemuda itu menyambung lagi,  " Wahai tuan guru, golongan yang  ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Pabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada  perutnya itu."
" Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda," balas ahli ibadah itu lagi.”

4.      " Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya  bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai  tuan guru?
" Jawab ahli ibadah itu,  " Wahai pemuda, itulah golongan  manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s.w.t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya."




5.      " Ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang,  hinggamembelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya," sambung pemuda itu.
" Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar  memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan  tidak  bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s.a.w. pernah  bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda," jelas ahli ibadah tersebut.

6.      " Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat,  sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali  semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air  hitam yang amat busuk baunya,"
" Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba  sewaktu hayatnya," jawab ahli ibadah tadi.

7.      " Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian  halnya wahai tuan guru?" tanya pemuda itu lagi. Jawab ahli ibadah tersebut, 
" Wahai pemuda, mereka  itulah  golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya  sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan  kemuliaan di sisi Allah s.w.t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya." Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s.w.t kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan dipertanggungjawabkan  atas

Wednesday, May 11, 2011

TIGA TANDA GOLONGAN

3 tanda bagi golongan mukmin
1. Mengerjakan solah
2. Membayar zakat
3. Berpuasa

3 tanda bagi golongan munafik
1. Bohong bila berbicara
2. Mungkir bila berjanji
3. Khianat bila diberi amanah

3 tanda bagi golongan zalim
1. Menzalimi orang bawahannya dengan kekerasan
2. Menderhakai orang di atasnya
3. Melahirkan kezaliman secara terang-terangan

3 tanda bagi golongan riak
1. Rajin apabila ia berada di hadapan orang ramai
2. Malas bila bersendirian
3. Ingin dipuji dalam semua perkara

3 tanda bagi golongan pemalas
1. Menunda-nunda waktu sampai sia-sia
2. Mensia-siakan kesempatan sampai luput
3. Melalaikannya sampai berdosa

3 tanda bagi golongan berakal
1. Berusaha untuk penghidupan
2. Mencari hiburan dalam perkara yang tidak terlarang
3. Mengenang hari akhirat

ADAKAH KITA IKHLAS

Kita semua maklum bahawa keikhlasan itu menjadi pra-syarat untuk apa-apa amalan kita diterima oleh Allah swt. Kerana kita inginkan amalan kitalah yang bakal menjelma sebagai makhluk yang indah bila kita di dalam alam barzakh nanti, kita berharap agar amalan kitalah yang dapat membela kita pada hari pembalasan kelak.

            Sudah tentu, niat pada permulaan kita membuat sesuatu, hinggalah ke akhirnya perlulah hanya kerana Allah semata-mata. Tidak kira amalan
itu menyentuh perkara peribadi mahupun dalam kehidupan berdakwah.
Namun, ibarat kita hendak mengenal samada kita sudah terkena penyakit 'chicken pox' dsbnya, ada tanda-tanda yang dapat menolong kita memastikan adakah benar kita ini ikhlas.

Antaranya:-

Kita takutkan sanjungan dan pujian manusia.
Kita tidak berasa hati apabila usaha dikritik oleh manusia.
Kita tidak berasa bangga bila dipuji.
Kita sentiasa menganggap diri cuai dalam ibadah akibat sikap taajub akan diri sendiri.
Tidak malas, lembab dan ketinggalan dalam kesusahan.
Tidak jemu dalam berusaha mengajak orang kepada Islam.
Tidak menjauhkan diri dari jemaah walau dicaci manusia.
Di dalam organisasi/jemaah, tidak teringin menjadi ketua tetapi tetap bekerja dan menyumbang.
Menjadi pemimpin atau pengikut, mana satu tidak menjadi hal.
Tidak marah malah gembira, bila muncul seorang yang baru menjadi ketua (namun bukan bermaksud tanggungjawabnya sendiri berkurang, kerana amanah bukan dari manusia tetapi dari Allah)
Begitulah antara perkara-perkara yang perlu kita perhatikan. Ini hanyalah panduan sahaja sebagai langkah berjaga-jaga bagi memastikan amalan diri kita sendiri bersih dari sifat ria', taajub, takabbur dan
seumpamanya. Pekerjaan yang zahirnya baik, tetapi jika diselimuti oleh segala sifat yang batil tersebut, maka sia-sialah di sisi Allah swt. Hatta mereka yang berperang di saff hadapan dan mati di medan
peperangan. Walau bagaimanapun, atas kelemahan manusia, tidak layak sebenarnya untuk menilai atau menghukum orang lain ikhlas ataupun tidak.

Kita hanya boleh melihat yang zahir sahaja. Allah swt yang Maha Mengetahui dan hanya Allah swt sahajalah yang berhak membalas segala amalan. Samada amalan yang baik atau sebaliknya.

Sama-samalah kita berdoa:

Wahai Tuhan kami!
Perbaikilah hati kami,
hapuskanlah cacat cela kami,
pimpinlah kami ke arah kebaikan,
hiasilah kami dengan taqwa,
kurniakanlah kepada kami
taat setia kepadaMu
sepanjang hidup kami.

Tuhan kami! Jadilah kami ikhlas kepadaMu,
syukur kepadaMu,
bertawakkal kepadaMu,
taubat kepadaMu,
khusyuk kepadaMu.

Wahai Tuhan kami!
Sesungguhnya kami mohon kepadaMu
ketetapan di dalam urusan ini
keazaman di dalam hidayah
tolonglah kami mengingat Engkau
menyebut namaMu
mensyukuri Engkau
baik ibadat kepadaMu.

TERTAWA DI DUNIA MENAGIS DI AKHIRAT


Nabi S.A.W bersabda ‘Banyak tertawa dan tergelak-gelak itu mematikan hati’
Banyak tertawa menjadikan hati semakin malap dan tidak berseri. Lampu hati tidak bersinar dan akhirnya terus tidak menyala. Hati tidak berfungsi lagi. Nabi Muhammad melarang ummatnya dari gelak ketawa yang melampaui batas. Menurut hadith, banyak ketawa menghilangkan akal dan ilmu.
Barangsiapa ketawa tergelak-gelak, akan hilang satu pintu daripada pintu ilmu. Kenapa dilarang ketawa berdekah-dekah?. Dalam keadaan suka yang keterlaluan, hati kita lalai dan lupa suasana akhirat dan alam barzakh yang bakal kita tempuhi kelak. Sedangkan dahsyatnya alam tersebut tidak dapat dinukilkan dalam sebarang bentuk media. Kita sedang menuju ke satu destinasi yang belum menjanjikan kebahagiaan abadi. Sepatutnya kita berfikir bagaimana kedudukan kita di sana nanti, sama ada berbahagia atau menderita. Berbahagia di dunia bersifat sementara tetapi di akhirat berpanjangan tanpa had.
Penderitaan di dunia hanya seketika tetapi di akhirat azab yang berterusan dan berkekalan. Merenung dan memikirkan keadaan ini cukup untuk kita menghisab diri serta menyedarkan diri kita tentang bahaya yang akan ditempuh. “Tertawa-tawa di masjid menggelapkan suasana kubur”. Demikian ditegakkan oleh Nabi S.A.W. Kita sedia maklum, kubur ialah rumah yang bakal kita duduki dalam tempoh yang panjang. Kita keseorangan dan kesunyian tanpa teman dan keluarga. Kubur adalah satu pintu ke syurga atau ke neraka. Betapa dalam kegelapan di sana, kita digelapkan lagi dengan sikap kita yang suka terbahak-bahak di dunia. Ketawa yang melampaui batas menjadikan kita kurang berilmu. Apabila kurang ilmu, akal turut menjadi kurang. Kepekaan terhadap akhirat juga menurun. Nabi S.A.W pernah bersabda : Barangsiapa tertawa-tawa nescaya melaknat akan dia oleh Allah (Al-Jabbar). Mereka yang banyak ketawa di dunia nescaya banyak menangis di akhirat”. Saidina Ali sentiasa mengeluh’…jauhnya perjalanan…sedikitnya bekalan…’
Walaupun hebat zuhud dan ibadat beliau, namun merasakan masih kurang lagi amalannya. Betapa kita yang kerdil dan malas beribadat ini sanggup bergembira 24 jam. Dalam hadith lain, Nabi S.A.W bersabda “Barangsiapa banyak tertawa-tawa, nescaya meringankan oleh api neraka.” Maksudnya mudah dimasukkan ke dalam api neraka. Kita tidak pula dilarang manunjukkan perasaan suka terhadap sesuatu. Cuma yang dilarang ialah berterusan gembira dengan ketawa berlebihan. Sebaik-baik cara bergembira ialah seperti yang dicontohkan oleh Nabi S.A.W. Baginda tidak terbahak-bahak tetapi hanya tersenyum menampakkan gigi tanpa bersuara kuat.
Para sahabat pernah berkata “Ketawa segala nabi ialah tersenyum, tetapi ketawa syaitan itu tergelak-gelak.”

19 HADIST RASULLULLAH SAW TENTANG WANITA


1.      Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".
2.      Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya.Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
3.      Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.
4.      Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
5.      Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
6.      Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.
7.      Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
8.      Barangsiapa membawa hadiah, ( barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah ).
9.      Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
10.  Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya ( 10,000 tahun ).
11.  Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.
12.  Wanita yang solehah ( baik ) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.
13.  Aisyah berkata, " Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita ? Jawab rasulullah, " Suaminya. " Siapa pula berhak terhadap lelaki ? " Jawab Rasulullah, " Ibunya". Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
14.  Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut,burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.
15.  Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
16.  Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku ( Nabi s.a.w ) di dalam syurga.
17.  Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.
18.  Syurga itu di bawah tapak kaki ibu
19.   Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.