Wednesday, May 11, 2011

15 PINTU SYATAN YANG ADA DI DALAM DIRI KITA




Pintu marah
Cinta dunia
Kebodohan (Tidak menghadiri majlis ilmu)
Panjang angan-angan
Rakus Bakhil Suka pada pujian



RiakUjub (merasa kagum)
Takut dan gelisah
Buruk sangka
Memandang rendah pada orang lain
Merasa suka pada dosa
Merasa aman daripada pembalasan "ALLAH"
Putus asa daripada rahmat "ALLAH"


15 Senjata Menghalang Syaitan

Membaca Bismillah (menjadi kunci pada perbuatan baik)Banyakkan bezikirBanyakan BeristigfarBaca "la i' la ha illa anta subha naka inni kuntu minaz - dzolimin"
Jangan tidur berseorangan
Baca doa pagi dan petang
Bersugi
Melaksanakan solat jemaah
Berwudhuk sebelum tidur
Menutup aurat
Membaca doa masuk tandas.
Banyak berselawat pada hati
Bertaubat, beristighfar
Banyakan baca Al-Quran
Membaca surah Yassin setiap pagi


Rumah yang Tidak Dimasuki syaitan

Rumah yang bersih
Penghuni membaca "Bismillah" ketika memasuki rumah
Sentiasa berzikir(ahli rumah menegakkan solat)
Panghuninya jujur dan memenuhi janji
Penghuninya memakan makanan yang halal (dan cara - mendapatkannya halal)
Penghuninya mengekalkan silaturahim (sentiasa mesra)Rumah yang penghuninya berbakti kepada Ibu Bapa

15 AMALAN MEMBINA PERIBADI MUSLIM


1.         Sedapat-dapatnya berpuasa setiap hari Isnin dan Khamis

2.                  Solat 5 waktu tepat pada masanya dan berusaha solat tahajjud serta solat sunat yang lain (Qiamulailil, solat hajat dsb)

3.         Kurangkan waktu tidur dan perbanyakkan membaca Al-Quran

3.                  Perhatilah dan tepatilah setiap janji anda

4.                  Banyakkan bersedekah kepada fakir miskin


6.                  Hindarilah tempat maksiat dan janganlah menganjurkannya

7.                  Berpakaian secara sederhana

8.                  Banyakkan melakukan aktiviti sukan untuk kesihatan jasmani

9.                  Perbanyakkan membaca buku-buku Ilmiah (agama,sains,politik dsb)

10.              Pelajarilah pelbagai ilmu yang memanfaatkan

11.              Pelajari bahasa arab untuk mempermudahkan kita mendalami dan menghayati pembacaan Al-Quran

12.              Sentiasa menghisap (mengingati dan menginsafi) segala amalan perbuatan dan dosa yang telah kita lakukan

13.              Sentiasa mensyukuri dengan apa yang kita terima dengan mengucapkan kalimah "Alhamdulillah" sebagai amalan harian

14.              Ikutilah setiap perkembangan umat Islam diseluruh pelusuk dunia dan senantiasa mendoakan akan kesejahteraan mereka

15.              Jadikan amalan berdoa dan berzikir kepada Allah sebagai perkara rutin dan harian tak kira waktu kerana sesungguhnya Allah amat suka pada hambaNya yang tidak lekang bibirnya untuk menyebut namaNya dan meminta kerahmatanNya .



Semoga kita dapat mendekatkan diri kita kepada Allah dengan amalan ini, insya-Allah. wassalam.

10 HALUAN YANG BAKAL DILALUI MANUSIA DARI DUNIA HINGA AKHIRAT


Haluan tersebut ialah:
1. Haluan menuju ke kubur
2. Berjumpa Izrail
3. Bertemu Munkar dan Nakir
4. Memberatkan timbangan
5. Amalan
6. Melalui titian Siratul-Mustaqim
7. Menjauhi dari neraka
8. Untuk masuk ke syurga
9. Berjumpa Nabi Muhamad S.A.W
10.Bertemu Allah SWT .....................


Haluan menuju ke kubur
I) Jauhkan kata umpat dan keji
II) Hindarkan perasaan irihati dan dengki
III) Jangan terpengaruh dengan emas-perak
IV) Sucikan Qadha Hajat dengan "istibrak" (batuk-batuk)

Berjumpa Izrail
I) Bersihkan diri dan bertaubat
II) Gembirakan hati orang mukmin
III) Bayar semua Qadha yang tertinggal
IV) Kasih sepenuh hati kepada Allah Taala

Bertemu Munkar dan Nakir
I) Mengucap dua kalimah syahadat
II) Suka memberi sedekah
III) Berkata benar
IV) Bersihkan dan baikkan hati

Memberatkan timbangan
I) Belajar atau mengaji
II) Sucikan perkataan dan pakaian
III) Syukur dengan yang sedikit
IV) Suka dan redha yang didatangkan Allah taala

Amalan
I) Jauhkan perkataan sis-sia
II) Pendekkan cita-cita dunia
III) Banyakkan puji pada Allah
IV) Banyakkan sedekah dan berkhairat


Melalui titian Siratul-Mustaqim
I) Kasihilah Aulia Allah taala
II) Berbaktilah kepada dua ibu-bapa
III) Pegang teguh segala hukum syarak
IV) Baikkan perkataan terhadap makhluk

Menjauhi dari neraka
I) Banyakkan membaca Al-Quran
II) Banyakkan menangis kerana dosa yang lalu
III) Tinggalkan lah apa jua maksiat
IV) Jauhi segala yang diharamkan

Untuk masuk ke syurga
I) Buat kebajikan seberapa banyak
II) Kasihilah orang yang soleh
III) Kerjakan segala suruhan Allah
IV) Merendahkan diri diantara makhluk Allah

Berjumpa Nabi Muhamad S.A.W
I) Kasihi nabi Allah
II) Kasihilah Rasulullah
III) Tuntutilah yang difardukan oleh Allah taala
IV) Banyakkan selawat pada Rasullullah

Bertemu Allah SWT
I) Serahkan seluruh diri kepada Allah taala
II) Hindarkan diri menderhakai Allah
III) Betulkan dan baikkan iktikad terhadapnya
IV) Bencilah terhadap segala yang haram

7 PERKARA WUDU` BATIN

Seorang ahli ibadah bernama Isam bin Yusuf, dia sangat warak dan  sangat khusyuk solatnya. Namun dia selalu khuatir kalau-kalau  ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang  dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang  selalu dirasakan kurang khusyuk.  Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al- Isam dan bertanya : "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan  solat?"
Hatim berkata : "Apabila masuk waktu solat aku berwudhu' zahir dan  batin."

Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?"  Hatim berkata, "Wudhu' zahir sebagaimana biasa, iaitu membasuh semua  anggota wudhu' dengan air. Sementara wudhu' batin ialah membasuh  anggota dengan tujuh perkara :-

1. bertaubat

2. menyesali dosa yang dilakukan

3. tidak tergila-gilakan dunia

4. tidak mencari / mengharap pujian orang (riya')

5. tinggalkan sifat berbangga

6. tinggalkan sifat khianat dan menipu

7. meninggalkan sifat dengki

Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan  semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh  kewaspadaan dan aku bayangkan Allah ada di hadapanku, syurga di  sebelah kananku, neraka di sebelah kiriku, malaikat maut berada di  belakangku, dan aku bayangkan pula bahawa aku seolah-olah berdiri di  atas titian 'Sirratul Mustaqim' dan aku menganggap bahawa solatku  kali ini adalah solat terakhirku, kemudian aku berniat dan bertakbir  dengan baik.

Setiap bacaan dan doa dalam solat kufaham maknanya, kemudian aku  ruku' dan sujud dengan tawadhu', aku bertasyahhud dengan penuh  pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku  bersolat selama 30 tahun."  Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya  yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

PAKAYAN WANITA DARI SUDUT PANDANGAN LELAKI

Allah telah menjadikan manusia ini berpasang-pasangan. Malam pasangannya siang, jaga pasangannya tidur, rajin pasangannya malas dan lelaki pasangannya perempuan. Kerana perempuan adalah pasangan kepada lelaki, maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita itu dapat memikat hati lelaki. Bila berkata tentang terpikat, maka ia ada hubung kait dengan nafsu. Jika ia ada hubungkait dengan nafsu, ianya ada hubungan pula dengan bisikan syaitan. Jadi untuk mengawal nafsu, mestilah dikawal dengan iman. Untuk mendapatkan iman mesti menurut perintah Allah dan RasulNya dan menjauhi laranganNya.

        Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol. Simbol apa, ana rasa semua orang tahu. Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika tidak dikawal dengan iman. Maka mata lelaki ini selalu menjalar apabila terlihat seorang perempuan. Setiap bentuk badan seorang perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu. Apabila seorang lelaki terlihat seorang perempuan, maka perkara pertama yang akan dilihatnya ialah rambut wanita berkenaan. Maka akan ditafsirlah berbagai2 cara oleh seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan. Oleh kerana itulah wanita wajib menutup rambutnya.

       Apabila rambut wanita itu telah ditutup, maka mata lelaki itu akan turun ke bawah melihat bentuk lehernya, maka wajiblah wanita itu menutup lehernya. Maka mata lelaki itu akan turunlagi melihat bentuk payu daranya, maka wanita itu berkewajipanlah menutup bentuk payu daranya dengan melabuhkan tudungnya. Setelah itu mata lelaki akan turun lagi melihat bentuk ramping pinggangnya, maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak bentuk pinggangnya, maka mata lelaki itu akan melihat pula akan bentuk punggungnya, maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya agar bentuk punggung tidak kelihatan, dan lelaki itu akan pula melihat bentuk pehanya, maka janganlah sesekali wanita itu memakai kain yang agak ketat sehingga terlihat bentuk pehanya walau sedikit, maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu akan bentuk kakinya pula, maka janganlah wanita itu berseluar, kerana terus-terang pihak lelaki bercakap, walau muslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh, jika beliau memakai seluar, walau nampak besar sedikit, nafsu kami lelaki akan terusik secara sepontan, entah tak tahu kenapa?

       Mata lelaki ini nakal, setelah tidak ternampak akan bentuk kakinya, maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu kepada kakinya, maka wajiblah wanita itu untuk menolong lelaki itu tidak berdosa, menutup kakinya dengan melabuhkan kain, atau memakai stokin yg warnanya
jangan sesekali berwarna kulit perempuan, maka mata lelaki ini akan kembali ke atas, akan melihat pula bentuk tangan wanita itu, maka, tolonglah wahai muslimah, agar melabuhkan tudung menutupi bentuk tangannya yang indah pada pandangan lelaki. Maka wahai lelaki, janganlah pula kamu melihat mukanya, kerana ia akan menimbulkan fitnah, kecuali jika kamu wahai lelaki, ingin meminangnya. Jika wanita itu cukup soleh, takut mukanya yang cantik akan menimbulkan fitnah, maka berpurdahlah kamu, jika itu lebih baik untuk kamu.

       Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenis penyakit, iaitu mata lelaki itu akan tertangkap dengan sepontan jika ia terlihat warna yang menyerlah atau terang jika ianya berada pada perempuan. Maka oleh itu wahai perempuan, tolonglah jangan memakai pakaian yang warnanya terang-terangan sangat. Jika hendak pakai pun, pakailah untuk suami.

      Itulah wahai muslimah, jika anda semua ingin tahu apakah dia mata lelaki itu, dan perlu diingatkan, jika semua aurat telah ditutup, jangan anggap tugas kita telah selesai, perlulah pula kita menjaga kehormatan diri masing2, jangan keluar seorang2, keluarlah dengan mahram, atau keluarlah sekurang2nya 3 wanita agar tidak diganggu gangguan luar, mata lelaki pula janganlah   langsung kepada muslimah, walau muslimah itu telah menutup aurat, insyaAllah selamat dunia akhirat.

       Dunia sekarang telah banyak yang cacat celanya, sehingga ketaraf seseorang yang memakai tudung masih beliau tidak menutup aurat, dan pada kaum lelaki, mata kamu itu wajib untuktidak mencuri2 melihat wanita muslimah, kerana ia dilarangi oleh Allah SWT.

Ingat-ingatkanlah wahai muslimin muslimat.