Monday, December 5, 2011

100 Menuju Kesempurnaan Iman



01. Bersyukur apabila mendapat nikmat.


02. Sabar apabila mendapat kesulitan.

03. Tawakal apabila mempunyai rencana/program.


04. Ikhlas dalam segala amal perbuatan.


05. Jangan membiarkan hati larut dalam kesedihan.
 
06. Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan.
 
07. Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan.
 
08. Jangan cemburu dengan kekayaan orang.

09. Jangan hasad dan iri atas kejayaan orang.

10. Jangan sombong setelah memperoleh kejayaan.


11. Jangan tamak kepada harta.


12. Jangan terlalu ambitious akan sesuatu kedudukan. 

13. Jangan hancur kerana kezaliman;


14. Jangan goyah kerana fitnah;


15. Jangan berkeinginan terlalu tinggi yang melebihi kemampuan diri.

16. Jangan campuri harta dengan harta yang haram;


17. Jangan sakiti hati ayah dan ibu;


18. Jangan usir orang yang meminta-minta;


19. Jangan sakiti anak-anak yatim;


20. Jauhkan diri dari dosa-dosa yang besar;


21. Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil;


22. Banyak berkunjung ke rumah Allah (masjid);

23. Lakukan solat dengan ikhlas dan khusyu;


24. Lakukan solat fardhu di awal waktu, berjamaah di masjid;


25. Biasakan solat malam;


26. Perbanyakkan zikir dan do'a kepada Allah;


27. Lakukan puasa wajib dan puasa sunat;


28. Sayangi dan santuni fakir miskin;


29. Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada Allah;

 30. Jangan marah berlebih-lebihan;

31. Cintailah seseorang dengan tidak berlebih-lebihan;

32. Bersatulah kerana Allah dan berpisahlah kerana Allah;

33. Berlatihlah konsentrasi fikiran;

34. Penuhi janji apabila telah diikrarkan dan mintalah maaf apabila kerana sesuatu sebab tidak dapat dipenuhi;

35. Jangan mempunyai musuh, kecuali dengan iblis/syaitan;

36. Jangan percaya ramalan manusia;

37. Jangan terlampau takut miskin;

38. Hormatilah setiap orang;

39. Jangan terlampau takut kepada manusia;

40. Jangan sombong, takabur dan besar kepala;

42. Berlakulah adil dalam segala urusan;

43. Biasakan istighfar dan taubat kepada Allah;

44. Bersihkan rumah dari patung-patung berhala;

45. Hiasi rumah dengan bacaan Al-Quran;

46. Perbanyak silaturrahim;

47. Tutup aurat sesuai dengan petunjuk Islam;

48. Bicaralah secukupnya;

49. Beristeri/bersuami kalau sudah siap segala-galanya;

50. Hargai waktu, disiplin waktu dan manfaatkan waktu;

51. Biasakan hidup bersih, tertib dan teratur;

52. Jauhkan diri dari penyakit-penyakit bathin;

53. Sediakan waktu untuk santai dengan keluarga;

54. Makanlah secukupnya tidak kekurangan dan tidak berlebihan;

55. Hormatilah kepada guru dan ulama;

56. Sering-sering berselawat kepada Nabi SAW;

57. Cintailah keluarga Nabi SAW;

58. Jangan terlalu banyak berhutang;

59. Jangan terlampau mudah berjanji;

60. Selalu ingat akan saat kematian dan sedar bahawa kehidupan dunia
adalah kehidupan sementara;

61. Jauhkan diri dari perbuatan-perbuatan yang tidak bermanfaat seperti bersembang perkara yang tidak berguna;

62. Bergaul lah dengan orang-orang soleh;

63. Sering bangun di penghujung malam, berdoa dan beristighfar;

64. Lakukan ibadah haji dan umrah apabila sudah mampu;

65. Maafkan orang lain yang berbuat salah kepada kita;

66. Jangan dendam dan jangan ada keinginan membalas kejahatan dengan kejahatan lagi;

67. Jangan membenci seseorang kerana pahaman dan pendiriannya;

68. Jangan benci kepada orang yang membenci kita;

69. Berlatih untuk berterus terang dalam menentukan sesuai pilihan;

70. Ringankan beban orang lain dan tolonglah mereka yang mendapatkan kesulitan;

71. Jangan melukai hati orang lain;

72. Jangan membiasakan berkata dusta;

73. Berlakulah adil, walaupun kita sendiri akan mendapatkan kerugian;

74. Jagalah amanah dengan penuh tanggung jawab;

75. Laksanakan segala tugas dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan;

76. Hormati orang lain yang lebih tua dari kita;

77. Jangan membuka aib orang lain;

78. Lihatlah orang yang lebih miskin daripada kita, lihat pula orang yang lebih berprestasi dari kita;

79. Ambilah pelajaran dari pengalaman dari orang-orang arif dan bijaksana;

80. Sediakan waktu untuk merenung apa-apa yang sudah dilakukan;

81. Jangan sedih kerana miskin dan jangan sombong kerana kaya;

82. Jadilah manusia yang selalu bermanfaat untuk agama, bangsa dan negara;

83. Kenali kekurangan diri dan kenali pula kelebihan orang lain;

84. Jangan membuat orang lain menderita dan sengsara;

85. Berkatalah yang baik-baik atau tidak berkata apa-apa;

86. Hargai prestasi dan pemberian orang;

87. Jangan habiskan waktu untuk sekadar hiburan dan kesenangan;

88. Akrablah dengan setiap orang, walaupun yang bersangkutan tidak menyenangkan.

89. Sediakan waktu untuk berolahraga yang sesuai dengan norma-norma agama dan kondisi diri kita;

90. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan fizikal atau mental kita menjadi terganggu;

91. Ikutilah nasihat orang-orang yang arif dan bijaksana;

92. Pandai-pandailah untuk melupakan kesalahan orang dan pandai-pandailah untuk melupakan jasa kita;

93. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan orang lain terganggu dan jangan berkata sesuatu yang dapat menyebabkan orang lain terhina;

94. Jangan cepat percaya kepada berita buruk yang besangkutan teman kita sebelum dipastikan kebenarannya;

95. Jangan menunda-nunda pelaksanaan tugas dan kewajiban;

96. Sambutlah huluran tangan setiap orang dengan penuh keakraban dan keramahan dan tidak berlebihan;

97. Jangan mempromosi diri untuk melakukan sesuatu yang diluar kemampuan diri;

98. Waspadalah akan setiap ujian, cubaan, godaan dan tentangan. Jangan lari dari kenyataan kehidupan;

99. Yakinlah bahwa setiap kebajikan akan melahirkan kebaikan dan setiap  kejahatan akan melahirkan kerosakan;

100. Jangan gembira di atas penderitaan orang dan jangan kaya dengan  memiskinkan orang;

Bicara Wanita


AKAL SENIPIS RAMBUTNYA Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita,Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah,Masih mencari walau ada segalanya, Apa yang tiada dalam syurga?Namun Adam tetap rindukan Hawa. Dijadikan wanita dari tulang rusuk yang bengkok itu, untuk diluruskan oleh lelaki, Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus.... Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus, Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjukkan oleh Allah SWT, Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah, Didiklah mereka dengan panduanNya, Janganlah cuba menjinakkan mereka dengan harta,Kerana nantinya mereka akan liat, Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan,Kerana nantinya mereka derita, Kenalkanlah mereka kepada Allah,Zat yang kekal,Di situ punca kekuatan dunia!!! Akal senipis rambutnya,Tebalkan ia dengan ilmu,Hati serapuh kaca, Kuatkanlah ia dengan iman,Perasaan selembut sutera,Hiasilah ia dengan akhlak, Suburkanlah ia kerana daripada situlah nantinya, mereka akan lihat nilaian dan keadilan,Tuhan, Bisikkanlah ke telinga mereka bahawa,Kelembutan bukan satu kelemahan, Ia bukan diskriminasi Tuhan,sebaliknya disitulah kasih dan sayangTuhan, Jinakkanlah diri kepada Allah, Nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu, Jangan mengharapkan isteri semulia Fatimah Az Zahra,Andai dirimu tidak sehebat Saidina Ali Karamallahu alwajhah.

Aurat Kaum Wanita

1. Bulu kening

Menurut Imam Bukhari "Rasulullah melaknat perempuan yang mencukur (menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening)."   
- Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari

2. Kaki (tumit kaki)

"Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan." 
- An-Nur : 31

a) menampakkan kaki.
b) menghayungkan/melenggokkan badan mengikut hentakkan kaki.

3. Wangian

"Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya  maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina."
 - Riwayat Nasaii , Ibn Khuzaimah dan Hibban

4. Dada

"Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka." 
- An-Nur : 31

5. Gigi

"Rasulullah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya." 
- Riwayat At-Thabrani

"Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik ,yang merubah ciptaan Allah." 
- Riwayat Bukhari dan Muslim

6. Muka dan leher

"Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasanmu seperti orang jahilliah yang dahulu."

a) bersolek (make-up)
b) menurut Maqatil: Sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Muka dan Tangan

"Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasulullah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah:-

Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaidh tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja." 
-Riwayat Muslim dan Bukhari

8. Tangan

"Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya." 
- Riwayat At Tabrani dan Baihaqi

9. Mata

"Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya.." 
- An Nur : 31

“Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pada pandangan yang pertama, ada pun pandangan seterusnya tidak
dibenarkan." 
- Riwayat Ahmad , Abu Daud dan Tirmidzi

10. Mulut (suara)

"Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya , tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik." 
- Al Ahzab : 32

"Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi." 
- Riwayat Ibn Majah
                       
11. Kemaluan

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin , hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kemaluan mereka (jangan berzina )." 
- An Nur : 31

"Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kemaluannya (tidak berzina) dan menta'ati suaminya, maka masuklah ia kedalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya." 
- Riwayat Al Bazzar

"Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan dirumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah." 
- Riwayat Tirmidzi, Abu Daud & Ibn Majah
           
12. Pakaian

"Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan dihari akhirat nanti." 
- Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii & Ibnu Majah

"Sesungguhnya sebilangan ahli neraka iailah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat . Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya." 
- Riwayat Bukhari & Muslim

a) Berpakaian tipis / jarang
b) Berpakaian ketat / membentuk
c) Berpakaian berbelah / membuka bahagian-bahagian tertentu

"Hai nabi-nabi katakanalah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri- isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan loggar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang." 
- Al Ahzab : 59

13. Rambut

"Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya." 
- Riwayat Bukhari dan Muslim

"Sesungguhnya bagi wanita-wanita yang memelihara dirinya dan menta'ati suaminya, segala makhluk, burung yang terbang, ikan dilaut, malaikat dilangit, matahari dan bulan dan lain-lain memohon keampunan Allah untuknya." 

Seorang Gadis


Seorang gadis itu...
Yang lembut fitrah tercipta, halus kulit, manis tuturnya, lentur hati ... telus wajahnya, setelus rasa membisik di jiwa, di matanya cahaya, dalamnya ada air, sehangat cinta, sejernih suka, sedalam duka, ceritera hidupnya ...

Seorang gadis itu ...
hatinya penuh manja, penuh cinta, sayang semuanya, cinta untuk diberi ... cinta untuk dirasa ...
namun manjanya bukan untuk semua, bukan lemah, atau kelemahan dunia ... ia bisa kuat, bisa jadi tabah, bisa ampuh menyokong, pahlawan-pahlawan dunia ... begitu unik tercipta, lembutnya bukan lemah, tabahnya tak perlu pada jasad yang gagah ...

Seorang gadis itu ...
teman yang setia, buat Adam dialah Hawa, tetap di sini ... dari indahnya jannah, hatta ke medan dunia, hingga kembali mengecap ni'matNya ...

Seorang gadis itu ...
bisa seteguh Khadijah, yang suci hatinya, tabah & tenang sikapnya, teman lah-Rasul, pengubat duka & laranya ... bijaksana ia, menyimpan ílmu, si teman bicara, dialah Áishah, penyeri taman Rasulullah, dialah Hafsah, penyimpan mashaf pertama kalamullah ...
Seorang gadis itu ...
bisa setabah Maryam, meski dicaci meski dikeji, itu hanya cerca manusia, namun sucinya ALLah memuji ... seperti Fatimah kudusnya, meniti hidup seadanya, puteri Rasulullah ... kesayangan ayahanda, suaminya si panglima agama, di belakangnya dialah pelita, cahya penerang segenap rumahnya, ummi tersayang cucunda Baginda ... bisa dia segagah Nailah, dengan dua tangan tegar melindung khalifah, meski akhirnya bermandi darah, meski akhirnya khalifah rebah, syaheed menyahut panggilan Allah.

Seorang gadis itu ...
perlu ada yang membela, agar ia terdidik jiwa, agar ia terpelihara ... dengan kenal Rabbnya, dengan cinta Rasulnya ... dengan yakin Deennya, dengan teguh áqidahnya, dengan utuh cinta yang terutama, Allah jua RasulNya, dalam ketaatan penuh setia . pemelihara maruah dirinya, agama, keluarga & ummahnya ...

Seorang gadis itu ...
melenturnya perlu kasih sayang, membentuknya perlu kebijaksanaan, kesabaran dan kemaafan, keyakinan & penghargaan, tanpa jemu & tanpa bosan, memimpin tangan, menunjuk jalan ...

Seorang gadis itu ...
yang hidup di alaf ini, gadis akhir zaman, era hidup perlu berdikari ... dirinya terancam dek fitnah, sucinya perlu tabah, cintanya tak boleh berubah, tak bisa terpadam dek helah, dek keliru fikir jiwanya, kerna dihambur ucapkata nista, hanya kerana dunia memperdaya ... kerna seorang gadis itu, yang hidup di zaman ini ... perlu teguh kakinya, mantap iman mengunci jiwanya, dari lemah & kalah, dalam pertarungan yang lama ... dari rebah & salah, dalam perjalanan mengenali Tuhannya, dalam perjuangan menggapai cinta, ni'mat hakiki seorang hamba, dari Tuhan yang menciptakan, dari Tuhan yang mengurniakan, seorang gadis itu ... anugerah istimewa kepada dunia!

Seorang gadis itu ...
tinggallah di dunia, sebagai ábidah, dahípayah & mujahidah, pejuang ummah ... anak ummi & ayah, muslimah yang solehah ... kelak jadi ibu, membentuk anak-anak ummah, rumahnya taman ilmu, taman budi & ma'rifatullah ...

Seorang gadis itu ...
moga akan pulang, dalam cinta & dalam sayang, redha dalam keredhaan, Tuhan yang menentukan ... seorang gadis itu dalam kebahagiaan! Moga lah-Rahman melindungi, merahmati dan merestui, perjalanan seorang gadis itu ... menuju cintaNYA yang ABADI

Sunday, August 7, 2011

Rupa Kiamat

RUPA KIAMAT...renung2kn lah yer :) Rupa Kiamat - Bacalah, jika kamu seorang hamba ALLAH. [Sila Kongsi] *Pesanan : Belajarlah menghabiskan pembacaan sehingga titik akhir. Itu ciri manusia berguna. 


Gambaran Hari Kiamat 


✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri. 


✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati. 


✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi. 


✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih. 


✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak. 


✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka. 


✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat. 


✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan. 


✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun. 


✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga. 


✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah: ⅰ- Pemimpin yang adil. ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah. ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid. ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah. ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “ Aku takut pada Allah”. ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai). ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah. 


✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan. 


✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda. 


✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi. 


✐ ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat. 


✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana. 


✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin. 


✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan. 


✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah. 


✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin. 


✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa. 


✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab. 


✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang. 


✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana. 


✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat. 


✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat : ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab. ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab. ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka. (Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.) 


✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain. 


✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya. 


✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya. 


✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka. Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004. 


☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama : ① Sedekah/amal jariahnya. ② Doa anak²nya yang soleh. ③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain

Wednesday, August 3, 2011

3 soal dan 3 jawapan

Setiap manusia yang berakal akan bertanya kepada dirinya sendiri 3 soalan ini, tetapi tidak ada yang dapat menjawabnya kecuali Allah.
Soalan 1. Dari mana manusia datang??? (FROM)
Soalan 2. Mengapa kita didatangkan???(SUBJECT)
Soalan 3. Ke mana kita akan pergi???(TO)


Jawaban 1. Maksud dari surah as-Sajadah 7-9 "Allah mencipta tiap sesuatu dengan sebaiknya dan dimulakan kejadian manusia berasal dari tanah. Kemudian Ia menjadikan keturunan manusia itu dari saripati (iaitu) air yang tidak dipandang (hina). Kemudian Ia menyempurnakan kejadian dan meniupkan roh ciptaanNya. Dan ia mengurniakan pendengaran dan pemglihatan serta hati akal fikiran supaya kamu bersyukur, tapi amatlah sedikit kamu bersyukur"
Jawaban 2. Maksud surah adz-Zaariaat 51-56 "Dan (ingatlah) Aku (Allah) tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah (sembahyang) dan beramal baik kepada Ku
Jawaban 3: Maksud surah al-Insyiqaaq (84-6) "Wahai manusia, sungguh engkau akan berpenat-lelah dengan segala tenagamu, hinggalah kembali kepada Tuhanmu, kemudian engkau tetap menemui balasan atas apa yang kamu usahakan (sembahyang, amalan lain dan pekerjaan)
  

Thursday, June 16, 2011

Menuntut Ilmu Seumur Hidup


Dunia semakin hari semakin mengalami perubahan, perubahan itu terjadi secara alami dan karena campur tangan manusia. Perubahan itu pula yang harus membuat manusia semakin peka akan kejadian-kejadian yang ada. Hadirnya berbagai ilmu pengetahuan di dunia ini memudahkan manusia untuk beraktivitas, teknologi yang canggih di dukung oleh komputerisasi membuat manusia semakin terbantu melakukan aktivitasnya, semuanya terasa lebih mudah. Alat komunikasi yang tak mengenal jarak dan waktu semakin memudahkan manusia untuk terus melakukan interaksi dimanapun dan kapanpun. Begitu cepat perubahan dan perkembangan itu terjadi, hal ini menuntut manusia harus terus belajar dimanapun dan kapanpun.
            Pada dasarnya manusia dilahirkan kealam dunia ini dalam keadaan fitrah atau suci sesuai dengan hadist Rasululullah Saw, “Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah maka kedua orang tuanyalah yg menjadikannya sebagai Yahudi Nasrani atau Majusi.” Sejak anak dilahirkan kealam dunia ini sesungguhnya adalah awal manusia mulai belajar, karena di dalam Islam dikatakan bahwa manusia itu belajar sejak ia dilahirkan sampai ia masuk kedalam liang lahat. Sungguh luar biasa ajaran Islam mendidik umatnya untuk terus menuntut ilmu pengetahuan tanpa mengenal usia, selama kita masih bisa menikmati hidup, selama kita masih bisa menghirup udara, selama kita masih bisa bergerak itu artinya kita wajib menuntut ilmu pengetahuan. Oleh sebab itu ketika seorang anak mulai dilahirkan kealam dunia ini orang tua sudah mulai mengjari anaknya dengan berbagai hal tentunya dengan konsep dan metode yang sesuaI dengan usianya.
            Belajar sepanjang hayat adalah suatu konsep tentang belajar terus menerus dan berkesinambungan (continuing-learning) dari buaian sampai akhir hayat, sejalan dengan fase-fase perkembangan pada manusia. Oleh karena setiap fase perkembangan pada masing-masing individu harus dilalui dengan belajar agar dapat memenuhi tugas-tugas perkembanganya, maka belajar itu dimulai dari masa kanak-kanak sampai dewasa dan bahkan masa tua. Bertolak dari fase-fase perkembangan seperti dikemukakan Havinghurst, berimplikasi kepada keharusan untuk belajar secara terus menerus
            Konsep belajar sepanjang hayat atau yang dikenal dengan Long Life education bisa dilakukan dimana saja, mulai dari lingkungan keluarga dimulai dari masa kanak-kanak, remaja, dewasa, bahkan sampai dengan usia tua, belajar sepanjang hayat juga bisa dilakukan dalam pendidikam formal, dari mulai Taman kanak-kanak, Sekolah dasar, Sekolah menengah pertama, Sekolah menegah atas/kejuruan, perguruan tinggi. Lahirnya konsep belajar sepanjang hayat adalah bagian dari keprihatinan pada dunia pedidikan yang ada, karena masih banyak masyarakat yang tidak bisa menikmati pendidikan pada dunia formal. Oleh sebab itu belajar sepanjang hayat bisa dilakukan pada kegiatan non formal, misalnya kegiatan pelatihan, PLS, kelompok belajar dan lain sebagainya.